Sunday 20 April 2014

Meet My Family...

Hye Uols...Thanks for read my blog(Apakah???...perasan je..) well Intan arini nak kongsi satu story..kisah yang paling indah (for me lah, takkan tuk Uols plak kan)dan yang paling teruja untuk Intan cerita pada semua orang..kisah tentang Insan2 yang berada di sekeliling Intan..excitednya Uols...nak tahu kisah apa?


Shall we start Uols..let me introduce Uols dengan my parents..jeng..jeng..hihihi


Inilah dua Insan yang sentiasa ada dan memberikan sokongan pada Intan. Abah namanya “Mohd Noor” dan mama agak unik “Che Jamnah” so mama akan muda selama2nya..cik sentiasa Uols..Tak kiralah dalam susah dan senang..mereka berdua banyak melakukan pengorbanan terhadap Intan. Walaupun Intan pernah sia2kan mereka..sebab nak mengejar syurga yang tak menghargai..namun Intan bersyukur Allah s.w.t itu menyedarkan Intan sebelum terlambat..sesungguhnya Itulah perkara yang paling Intan kesalkan sebagai seorang anak..sorb..sorb..sorb...T_T

Mama dan Abah yang sentiasa ada untuk ku...

Jadi Intan berazam, Intan mahu menjadi anak yang lebih baik selepas zaman kelam tu..Intan nak menyenangkan hati parents Intan dahulu..walaupun Intan tak mampu nak beri ribu2 sebulan pada parents..tapi Insyallah apa keperluan mereka Intan akan cuba penuhi...walaupun tak Berjaya seratus peratus...janji niat yang Ikhlas Allah s.w.t akan permudahkan Uols...

Uols tau Mama and Abah sampai sekarang romantik...jalan still pegang tangan, tapi kalau bab gaduh tu...huhuhu...biaselah sedangkan lidah lagi tergigit Uols...

Meet My Siblings...Fun House???

Parents Intan telah melahirkan 6 zuriat yang sempurna sifatnya...Cuma kepala otak kitaorang masing2 shock electric sikit...hihihihi...betul apa??korang jangan marah erk baca ni...sungguh pun begitu cewah..kami semua anak yang baik sebab kami telah di didik oleh parents kami untuk membantu mereka ketika usia waktu kecil lagi...yelah sebagai anak orang yang tak berapa nak senang, kami semua perlu membantu parents berniaga di pasar malam (Pantai Dalam). Intan senidri telah mula berniaga seawall umur Intan 8 tahun (tapi act lebih banyak main...hihihih) dan umur 10 tahun Intan memang dah menghadap muka customer makcik2 and pakcik yang karekkk kat pasar malam tu...sampai sekarang Intan masih niaga (yelah cuti weekend..dri bosan duk rumahkan).

Picture raya 2012...

Melalut pulak yea...sorry Uols..Okey Siblings Intan ada 6 semuanya (termasuk Intan okey...) 4 orang lelaki..2 orang perempuan...L/L/P/L/P/L..Intan anak yang ke 5 dan bongsu perempuan...dan kerana jarak di antara Intan dan adik Intan 7 tahun bezanya maka seluruh keluarga memanggil Intan dengan gelaran “Adik”...

Picture Raya 2008
Shaiful Anuar...
Abang long Intan Seorang yang sangat tegas. Tak suka di bantah dan tak suka orang yang poyo. Telah berumahtangga dengan kakak ipar ku “Marina Hashim”..Mempunyai sepasang cahayamata“Nur Marisha Adriana” dan “Naqeeb Mirza Adrian”...


Along and Family...

 Along dengan anak2nya...

My love "Nur Marisha Adriana"

Baby "Naqeeb Mirza Adrian"

Nak tahu sesuatu tak Uols???dalam family kalau ikut pangkat..gelaran Intan mak tam..eeeeiiiyuuu... tak glam sungguh!...so dari kecil Intan dah ajar semua my nephew and niece supaya panggil Intan Makchu..hahahaha..baru ah comel..so my nephew and niece Intan memang panggil Intan makcu ah ceritanya, walaupun ada saudara mara yang pelik sebab Intan bukan anak yang bongsu, tapi who care???tapi itulah asuhan itu penting...memang they all amat mendengar kata... hahahahah... jahat.. jahat..so adik bongsu Intan they all panggil Paksu..kan jauh tu makchu and paksu??

Mohd Jumri...

Abang ngah Intan kalau orang tengok mesti tak percaya..coz dalam family gen dia yang ada lari sedikit..ops..ada lari banyak...sebab kami ni semua jenis besar2..tapi die petite jerw.. aiya abang ngah kenapalah itu body adik tak warisi??? Abang ngah juga dah berkahwin dengan kakak ipar ku “Umi Kalthom”..sungguh pun abang ngah ni petite tapi jangan tak sangka die mempuyai seorang anak perempuan yang cantik lagi bakal ahli syurga “Puteri Balqis” dan sepasang anak kembar “Muhammad Yusuf Solehin dan Muhammad Yusri Solehin”...

 Abang Ngah and family

 Bakal Ahli Syurga...Kesayangan kami semua "Puteri Balqis"

Si Kembar Keluarga "Muhammad Yusuf Solehin and Muhammad Yusri Solehin"

Intan Juliana...
Satu2nya kakak dalam keluarga..Seorang yang peramah, suka bercakap, Intelligent dan baik hati. My sis nie, ibarat sahabat baik dalam hidup Intan..boleh kongsi susah senang..walaupun asyik gaduh jer..tapi gaduh2 manja Uols.. Single but not available, sorry Uols..dah ada orang cop..telah mengikat tali petunangan...dan Insyallah akan berkahwin dalam masa terdekat...doa-doakan yer Uols...

My Friend..Enemy..Everything

Time my sis bertunang...

Intan dengan my sis..(Why aku tak dapat kecomelan dia????)

Mohd Afil Gaos..
Abang Chik..dia ni giler2, baran dan ahli politik..parti mana??tak yah ah korang tau...lagipun undikan rahsia...hihihihi..juga telah berkahwin dengan kakak ipar ku “Rafeah”. Mempunyai seorang anak lelaki “Muhammad Danish”..yang sebiji muka dan perangai macam abang aku kecik2... Abang Chik aku ni masa kecik2 tak suka kacau orang, dia main sendiri2 jer..(port paling best die suka lepak, bawah van abah..entah kenapa..aku tanya dia katanya sejuk...????lantak kau ah abang Chik...


 Abang Chik and family...cuma aku dengan abah nyibuk kat situ...huhuhu...

Posing kami sekeluarga...

"Muhammad Danish" satu2nya hero dalam hidup abang chik...buat masa nilah..In the future tak tau lagi yea.
Mohd Helmy...
My lil bro...I will do anything for him...sapa tak sayang adik kan???walaupun berebut gelaran Makchu and Paksu tu..tapi aku sayang dia wei...Alhamdullilah Helmy pun dah tamat study kat metech technology..dah masuk alam perkerjaan pun. Sekarang berkerja as Videografer Coolux (Google ah yer)..Intan bangga sangat dengan dia..walupun zaman sekolahn amy ni dalam kategori minta penampar tapi sekarang Alhamdulillah berkat dia belajar bersungguh2 dari arwah paksu kami. amy motivate diri dia untuk jadi cool macam arwah paksu kami. Keep up the Good work...

Handsome boy dalam family...

Ramai orang cakap muka dia macam Nabil..entahlah...tapi kalau pergi mall ada juga orang yang ingat dia Nabil..(kembang ah tu..)

Hopefully you can achieve ur dream lil bro...

Tanpa mereka siapalah diri Intan..sesungguhnya Intan amat bertuah memiliki mereka. Walaupun selalu bergaduh,terguris rasa, tersentap kata2...namun air di cincang takkan putus Uols..family adalah amat penting ok..Well Itulah sedikit sebanyak tentang my family...family Intan biasa2 sahaja..bukan ada berpangkat atau harta..namun doranglah anugerah yang amat terindah dalam hidup Intan. Moga akan terus berkekalan kasih sayang antara kami, dan kami akan menjadi anak2 yang baik buat parents kami..amin..amin..ya rabbal alamin...

P/S: More picture from us...

The SuperWomen In Family

The X-men In Family

Posing tu memang kepakaran kami semua...

With all my sisters...

 Marisha and Danish

 Si kembar...

 Rindunya dengan Intan...lama tak jumpa..

 This time si kembar ni kecik lagi...


 Kak ngah and si kembar...

 Posing with my sis and lil bro...

 Posing...

  Posing...

Time ni kak long tengah mengandungkan Naqeeb...

Tuesday 15 April 2014

Sight & Seeing Bandar Sarawak...Part 4...



Hye Uols...How your day??Intan dari pagi bertalu2 quotation yang masuk tapi as usual..Intan malas nak fikir banyak2..sebab kerja kita memang takkan pernah habis. so chill yer Uols jangan tension2..tak baik untuk kesihatan tau..


So shall we sambung part 4 plak???..2 hari terakhir Intan di Sarawak tak banyak sangat aktiviti sebab ketika itu seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Qurban..Hendaknya pagi2 bila Intan buka Fb ramai yang upload keseronokkan mereka menyambut Hari Raya bersama keluarga, yang Intan pula duk jauh di Sarawak nun pergi berjalan..one of cousin lagi kurang asam boleh share dengan Intan lauk pauk yang they all masak...so friendly speaking..Intan mmg sangat sedih tau that time..yelah ingat parents and all my sibling…Uols kalau nak berjalan kena tengok calendar betul2 tau, jangan jadi macam Intan…

So bermula ah aktiviti bershopping Intan di Sarawak..mula2 Intan pergi ke Kedai kek lapis “Dayang Salhah”..Intan pilih kek lapis buatan "Dayang Salhah" sebab memang sedap..before tu Intan ada pergi butik kek lapis jenama lain yang dekat2 dengan “Dayang Salhah..tapi rasenya tak berapa Uummmppp... So kat sini Intan beli lebih dari 12Biji (free 1 biji)  kek lapis untuk dibawa pulang ke semenanjung...dan harga kek lapis disini dari RM10-RM25...murah bukan???


Inilah kedai "Dayang Salhah" berhampiran seberang waterfront...nak pergi sini kena naik teksi air...


Bentuk Kek lapis "Dayang Salhah"


Belbagai perisa ada...Intan paling suka Red Valvet..Blueberry Chess and Mint Chocolate...

Uols jangan risau kalau beli banyak2 sebab di "Dayang Salhah" ni untuk yang naik Flight they all akan pack cantik2 dalam kotak dan ikat kemas2 tau. so senang nak bawa naik Flight...

Seterusnya Intan pergi ke kedai Ikan Terubuk Masin..selain Kek Lapis, Ini pun wajib di bawa pulang ke semenanjung Uols..bestnya sebab Uols boleh pilih Ikan sendiri..dan pekedai akan pack depan korang..Act kalau Uols nak lebih banyak pilihan boleh ke Pasar Santok..tapi Intan dah kesuntukkan masa, so beli dekat area "Dayang Salhah"...ada juga dalam lebih 5 buah kedai yang berdekatan...


Segar2 Ikan Terubuk di sini tau...



Harga Bermula dari RM 6- hingga RM 20...seingat Intan, Kalau RM 10 tu dah sedang elok ah...

Dekat sini pun Uols jangan risau sebab, sama dengan konsep di "Dayang Salhah"..pekedai di sini pun akan tolong masukkan dalam kotak..lapik dengan plastik (untuk nyah bau kut ...) dan ikat kemas2 untuk kita supaya senang dibawa ke dalam Flight...kalau Uols tak buka kotak tu 5 hari boleh tahan ikan tu...

Selepas Intan beli kek lapis dan ikan terubuk masin, Intan hantar barang2 tu semua kat hotel dahulu. yelahkan takkan nak mengangkut plak...berat tu...

then, Intan keluar balik dan menuju ke waterfront..kat sini terdapat barisan2 kedai yang menjual segala macam cenderamata tau...ada t'shirt, key chain, kain batik sarawak dan macam2 lah..



Kedai2 ni nampak usang sebab bangunan lama katakan...atas kayu bawah batu...tp menjadi tumpuan pelancong..naknya yang kaki shopping macam diri ku...


Manik2 perhiasan sarawak...

Macam2 yang Intan telah beli kat sini...antara yang Intan sambar gelang mutiara, gelang kristal , kerongsang, kain batik sarawak, tshirt, keychain dan yang sewaktu dengannya. so Uols pun kenalah standby ongkosnya kalau berkunjung ke sini tau...

Kalau semalam Intan Asyik bershopping sakan, hari ke 3 Intan pergi beraya ke rumah adik angkat Intan..best walaupun tak ada lemang..rendang mama..tapi mak angkat Intan masak tak kurang hebatnya. nak nya dapat merasa mee kolok, laksa serawak dan segala macam masakkan sarawak. so memang kenyang wei...

Seterusnya Intan ke Dewan Undangan Negeri Sarawak..bangunan ini sangat Unik bentukknya..terletak berhampiran Sungai Sarawak..bentuk bangunan ini adalah berbentuk kubah dan berwarna keemasan...


Permandangan dari Sungai Sarawak


Cantik kan???


Sempat pose lagi tu...walaupun berbaju kurung...

Seterusnya Intan kembali ke Hotel untuk menukar pakaian sebab adik angkat Intan nak bawa ke Padungan untuk memlihat pasu2 Sarawak...yang ini awal2 mama tersayang telah memesan "Wahai anak ku belikan mama pasu barang sebuah dua...."...hahahaha...tergelak aku dengan mama..tapi mama jangan risau aku pergi kesini pun memang untuk mama..


Rambang mata wei tengok pasu...macam2 bentuk,warna dan size...


Dengan Pasu pun jadilah...janji dapat posing...



Geram tengok pasu comel2 wei...



artistik betul...hihihi


tengok2 mana yang berkenan...

Kat sini aku belikan mama sepasang pasu dan perhiasan yang comel dan untuk diri Intan sendiri tempat pen/pensil saje..Kat sini pun seperti biasa, perkedai akan pack cantik2 untuk Uols..dont worry..senang kerja kita tau...

Seterusnya Intan ke "Muzium Sarawak"...tapi kat sini tak bestnya tak sebab tak boleh bawa kamera langsung...


kalau sapa yang pernah tengok cerita XX-ray mesti kenal muzium ni...


ala2 candid pic gitue


Posing depan muzium pun jadilah...



Tiang seri katanya...

Malamnya Intan makan di Top Seafood setalah di recommend oleh My Maksu and Cousin...sedap makan disini plus sangat murah...Intan makan Ketam black paper, butter prawn, sayur parkchoy, nasi, lala chili air kelapa baru kena tak sampai RM 50 Uols...so tempat ni high recommend ok..


Top Seafood betul2 berhadapan Cats Statue..tapi sorry Uols tak sempat snap pic makanan..tpi Uols should try ok...memang umphhh makanan seafood kat sini. bak kata orang kalau mertua lalu kat belakang pun tak sedar wei...hihihi...



Inilah rupa "Cats Statue"..terletak betul2 didepan hotel Intan..tapi bila nak balik baru ada masa nak tangkap gambar kat sini..yelah hari2 full aktiviti balik dah malam. tak cantik pula nak tangkap gambar kan. kalau Uols datang sarawak tapi tak tangkap pic dengan "Cats Statue" ni rugi ah...mercu tanda tu...


Posing sikit yea...peace...

Maka berakhirlah percutian Intan di Kuching, Sarawak selama 4D3N… Sememangnya Intan masih tidak puas menerokai bumi kenyalang ini. Pada Intan Sarawak ini menyimpan seribu satu budaya yang tak akan kita temui di mana-mana tempat. Insyallah intan akan kembali ke sini…Sarawak patut menjadi sebuah destinasi Check list untuk Uols juga tau..Kunjungilah Sarawak, dan kenalilah budaya mereka…tak rugi Uols…

with my adik angkat Intan...watie yang sentiasa bagi guide line time Intan kat Sarawak...


with mak angkat...sedap giler laksa sarawak and mee kolok die buat Uols...


di Lapangan Terbang Kuching Sarawak...

P/S: tak best jalan dengan orang yang tak suka tangkap gambar...bila nak tangkap gambar itu ini malu ah..batak ah...poyo je lebih..nasib baik dah takkan kawan dengan die lagi (apakah????)...hihihihi