Thursday 10 April 2014

Sarawak Heritage...Part 1



Hye Uols...dah lama gak Intan tak update Blog..Walaupun Intan tau tak ada orang yang bace lagi boleg Intan..tapi its ok..consider SS lah yerrr.... Well kali ini Intan nak share tentang pengembaraan Intan ke satu destinasi yang sangat best... Intan memang suke melihat keindahan tempat orang...Pada Intan setiap tempat dan daerah pasti menyimpan cerita tersendiri, dan teramatlah rugi kalau kita tidak mengambil peluang mengenali tempat-tempat itu semua. 

Dulu ketika masih study Intan selalu angan2 hendak ke banyak tempat. Jika mempunyai duit sendiri Intan berazam mahu melancong ke luar Negara (kalau mampulah...hihihih) mahupun dalam Negara. Eh jangan tak tau Malaysia kaya dengan tempat2 yang menarik... Jadi apabila telah mula berkerja..destinasi pertama yg Intan pilih “SARAWAK”..kenapa Sarawak???Sarawak mempunyai banyak satu cerita dan kaya dengan  budaya. Jika bercuti intan suke kan kesenian berbanding shopping (Tapi tue pun wajib juge...poyo je). Jadi Sarawak adalah pilihan yang paling baik ketika itu. Intan terbang ke Sarawak pada 23 october 2012..Ketika itu Intan pergi dengan dengan seseorang..Siapa???just let keep that secret...

Intan memilih syarikat penerbangan Airasia untuk ke Kuching Sarawak. Penerbangan selama 2 jam 45 minit berjalan dengan lancar...Alhamdulillah...Intan menaiki penerbangan 12.45 tghari dan tiba di kuching Sarawak lebih kurang pukul 3.30 petang. Hotel yang telah Intan pilih adalah Grand Margherita Kuching. Terletak berhadapan dengan Cats statue. Lokasi hotel ini betul2 di tengah Bandar. Jadi memang amat senang hendak kemana2 sekitar Kuching Sarawak..Lupa pula hendak Intan bagitahu, Hari Intan ke Kuching Sarawak adalah lagi 2 hari Umat islam nak menyambut Hari Raya Qurban..(sedih juge tak dapat makan Lemang dengan rendang mama...huhuhu) 

Destinasi Pertama Intan di Sarawak adalah menaiki Sarawak River Cruise...dengan kadar tambang RM58 seorang dan selama 1jam 15 minit kita akan dibawa menaiki kapal dan mengeliling separuh daripada sungai Sarawak. Ini adalah hot spot..kalau Uols pergi ke Sarawak, memang wajib menaiki cruise ini. Walaupun agak mahal tapi berbaloi, sebab selain melihat khazanah dan bangunan yang berada ditepi2 sungai Sarawak. Kita juga akan disajikan dengan minuman petang berserta Kek Lapis Sarawak yang superb hebat rasanya. Dan dipertengahan perjalanan cruise ada sekumpulan penari kebudayaan yang akan mempertontonkan tarian asal suku kaum Sarawak...yang itu paling best...

P/s: Ni pic yang sempat Intan snap dalam Sarawak river Cruise


Intan Sempat berposing lagi..Sarawak River Cruise ini berkonsep open air...so memang puas hati


Antara Bangunan yang terdapat di tepi2 sungai Sarawak tu...


Refresh Drinks...Air Oren and Kek Lapis yang sedap giler...


Inilah Hotel Intan Grand Margherita Sarawak...view dari Sarawak River Cruise...


Posing Lagi....


Inilah rupa Kapal tu...dont worry kapal ni besar...boleh muat lebih 100pax sekali jalan...

Anyway...nanti Intan sambung lagi ok aktiviti Intan next day...Jumpa lagi Uols...

 

No comments:

Post a Comment