Tuesday, 15 April 2014

Sight & Seeing Bandar Sarawak...Part 4...



Hye Uols...How your day??Intan dari pagi bertalu2 quotation yang masuk tapi as usual..Intan malas nak fikir banyak2..sebab kerja kita memang takkan pernah habis. so chill yer Uols jangan tension2..tak baik untuk kesihatan tau..


So shall we sambung part 4 plak???..2 hari terakhir Intan di Sarawak tak banyak sangat aktiviti sebab ketika itu seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Qurban..Hendaknya pagi2 bila Intan buka Fb ramai yang upload keseronokkan mereka menyambut Hari Raya bersama keluarga, yang Intan pula duk jauh di Sarawak nun pergi berjalan..one of cousin lagi kurang asam boleh share dengan Intan lauk pauk yang they all masak...so friendly speaking..Intan mmg sangat sedih tau that time..yelah ingat parents and all my sibling…Uols kalau nak berjalan kena tengok calendar betul2 tau, jangan jadi macam Intan…

So bermula ah aktiviti bershopping Intan di Sarawak..mula2 Intan pergi ke Kedai kek lapis “Dayang Salhah”..Intan pilih kek lapis buatan "Dayang Salhah" sebab memang sedap..before tu Intan ada pergi butik kek lapis jenama lain yang dekat2 dengan “Dayang Salhah..tapi rasenya tak berapa Uummmppp... So kat sini Intan beli lebih dari 12Biji (free 1 biji)  kek lapis untuk dibawa pulang ke semenanjung...dan harga kek lapis disini dari RM10-RM25...murah bukan???


Inilah kedai "Dayang Salhah" berhampiran seberang waterfront...nak pergi sini kena naik teksi air...


Bentuk Kek lapis "Dayang Salhah"


Belbagai perisa ada...Intan paling suka Red Valvet..Blueberry Chess and Mint Chocolate...

Uols jangan risau kalau beli banyak2 sebab di "Dayang Salhah" ni untuk yang naik Flight they all akan pack cantik2 dalam kotak dan ikat kemas2 tau. so senang nak bawa naik Flight...

Seterusnya Intan pergi ke kedai Ikan Terubuk Masin..selain Kek Lapis, Ini pun wajib di bawa pulang ke semenanjung Uols..bestnya sebab Uols boleh pilih Ikan sendiri..dan pekedai akan pack depan korang..Act kalau Uols nak lebih banyak pilihan boleh ke Pasar Santok..tapi Intan dah kesuntukkan masa, so beli dekat area "Dayang Salhah"...ada juga dalam lebih 5 buah kedai yang berdekatan...


Segar2 Ikan Terubuk di sini tau...



Harga Bermula dari RM 6- hingga RM 20...seingat Intan, Kalau RM 10 tu dah sedang elok ah...

Dekat sini pun Uols jangan risau sebab, sama dengan konsep di "Dayang Salhah"..pekedai di sini pun akan tolong masukkan dalam kotak..lapik dengan plastik (untuk nyah bau kut ...) dan ikat kemas2 untuk kita supaya senang dibawa ke dalam Flight...kalau Uols tak buka kotak tu 5 hari boleh tahan ikan tu...

Selepas Intan beli kek lapis dan ikan terubuk masin, Intan hantar barang2 tu semua kat hotel dahulu. yelahkan takkan nak mengangkut plak...berat tu...

then, Intan keluar balik dan menuju ke waterfront..kat sini terdapat barisan2 kedai yang menjual segala macam cenderamata tau...ada t'shirt, key chain, kain batik sarawak dan macam2 lah..



Kedai2 ni nampak usang sebab bangunan lama katakan...atas kayu bawah batu...tp menjadi tumpuan pelancong..naknya yang kaki shopping macam diri ku...


Manik2 perhiasan sarawak...

Macam2 yang Intan telah beli kat sini...antara yang Intan sambar gelang mutiara, gelang kristal , kerongsang, kain batik sarawak, tshirt, keychain dan yang sewaktu dengannya. so Uols pun kenalah standby ongkosnya kalau berkunjung ke sini tau...

Kalau semalam Intan Asyik bershopping sakan, hari ke 3 Intan pergi beraya ke rumah adik angkat Intan..best walaupun tak ada lemang..rendang mama..tapi mak angkat Intan masak tak kurang hebatnya. nak nya dapat merasa mee kolok, laksa serawak dan segala macam masakkan sarawak. so memang kenyang wei...

Seterusnya Intan ke Dewan Undangan Negeri Sarawak..bangunan ini sangat Unik bentukknya..terletak berhampiran Sungai Sarawak..bentuk bangunan ini adalah berbentuk kubah dan berwarna keemasan...


Permandangan dari Sungai Sarawak


Cantik kan???


Sempat pose lagi tu...walaupun berbaju kurung...

Seterusnya Intan kembali ke Hotel untuk menukar pakaian sebab adik angkat Intan nak bawa ke Padungan untuk memlihat pasu2 Sarawak...yang ini awal2 mama tersayang telah memesan "Wahai anak ku belikan mama pasu barang sebuah dua...."...hahahaha...tergelak aku dengan mama..tapi mama jangan risau aku pergi kesini pun memang untuk mama..


Rambang mata wei tengok pasu...macam2 bentuk,warna dan size...


Dengan Pasu pun jadilah...janji dapat posing...



Geram tengok pasu comel2 wei...



artistik betul...hihihi


tengok2 mana yang berkenan...

Kat sini aku belikan mama sepasang pasu dan perhiasan yang comel dan untuk diri Intan sendiri tempat pen/pensil saje..Kat sini pun seperti biasa, perkedai akan pack cantik2 untuk Uols..dont worry..senang kerja kita tau...

Seterusnya Intan ke "Muzium Sarawak"...tapi kat sini tak bestnya tak sebab tak boleh bawa kamera langsung...


kalau sapa yang pernah tengok cerita XX-ray mesti kenal muzium ni...


ala2 candid pic gitue


Posing depan muzium pun jadilah...



Tiang seri katanya...

Malamnya Intan makan di Top Seafood setalah di recommend oleh My Maksu and Cousin...sedap makan disini plus sangat murah...Intan makan Ketam black paper, butter prawn, sayur parkchoy, nasi, lala chili air kelapa baru kena tak sampai RM 50 Uols...so tempat ni high recommend ok..


Top Seafood betul2 berhadapan Cats Statue..tapi sorry Uols tak sempat snap pic makanan..tpi Uols should try ok...memang umphhh makanan seafood kat sini. bak kata orang kalau mertua lalu kat belakang pun tak sedar wei...hihihi...



Inilah rupa "Cats Statue"..terletak betul2 didepan hotel Intan..tapi bila nak balik baru ada masa nak tangkap gambar kat sini..yelah hari2 full aktiviti balik dah malam. tak cantik pula nak tangkap gambar kan. kalau Uols datang sarawak tapi tak tangkap pic dengan "Cats Statue" ni rugi ah...mercu tanda tu...


Posing sikit yea...peace...

Maka berakhirlah percutian Intan di Kuching, Sarawak selama 4D3N… Sememangnya Intan masih tidak puas menerokai bumi kenyalang ini. Pada Intan Sarawak ini menyimpan seribu satu budaya yang tak akan kita temui di mana-mana tempat. Insyallah intan akan kembali ke sini…Sarawak patut menjadi sebuah destinasi Check list untuk Uols juga tau..Kunjungilah Sarawak, dan kenalilah budaya mereka…tak rugi Uols…

with my adik angkat Intan...watie yang sentiasa bagi guide line time Intan kat Sarawak...


with mak angkat...sedap giler laksa sarawak and mee kolok die buat Uols...


di Lapangan Terbang Kuching Sarawak...

P/S: tak best jalan dengan orang yang tak suka tangkap gambar...bila nak tangkap gambar itu ini malu ah..batak ah...poyo je lebih..nasib baik dah takkan kawan dengan die lagi (apakah????)...hihihihi




No comments:

Post a Comment